top of page

Calon PRK DUN Slim: PH belum buat keputusan, masih berbincang



Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim, Perak masih terbuka sama ada ditandingi oleh Pakatan Harapan (PH) atau pun Bersatu paksi Tun Mahathir.


Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam pada itu menolak kenyataan bekas pemimpin Bersatu baru-baru ini bahawa PH tidak akan bertanding dan membolehkan paksi Tun Mahathir meletakkan calon di kerusi berkenaan.


"Kita telah putuskan PH akan berunding dengan paksi Tun Mahathir kerana mereka dalam pilihan raya lepas bertanding (di DUN Slim).


"Tidak tepat apabila dikatakan kita tidak bertanding di kerusi tersebut. Keputusan kami adalah berunding dengan mereka, tanya mereka apa posisi mereka. Selasa ini PH akan bertemu dan berbincang (membuat cadangan)," katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan beliau di Port Dickson.


Mengulas sama ada PH akan bertanding dalam PRK Slim berikutan situasi pandemik Covid 19 yang lebih terkawal, Anwar menjelaskan keputusan akan dikaji sebaik mungkin dalam mesyuarat PH minggu hadapan.


"Tidak seperti PRK Chini, kerisauan kami kerana Covid 19 dan terhadnya kempen (ceramah), jadi kami memutuskan tidak bertanding.


"Kami akan menilai semula keputusan tersebut. Kita akan buat keputusan. Kita akan menghantar perwakilan daripada PH untuk berbincang dengan paksi Tun Mahathir," katanya lagi.


Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian ADUNnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sebelum ini membayangkan KEADILAN akan meletakkan calon.


Bagaimanapun, 14 Julai lalu bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata pihaknya akan bertanding menentang calon Perikatan Nasional kerana mendapat maklumat PH tidak akan bertanding.


DUN Slim merupakan salah satu daripada dua DUN dalam Parlimen Tanjong Malim. Slim merupakan satu-satunya DUN yang dikuasai Umno.


Manakala DUN Behrang dimenangi Aminuddin Zulkipli dari Amanah dan Parlimen pula berjaya dirampas oleh Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page