Calon PM PRU 15: 'Saya yakin perkembangan sekarang' - Anwar



Perkembangan ekonomi dan politik yang kucar kacir pada era pemerintahan Perikatan Nasional (PN) memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil alih teraju negara sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam program Minda Bicara Tokoh yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara, pagi tadi.


Menjawab soalan moderator Dr Mohammad Asri Mohd Ali, felow Majlis Profesor Negara mengenai langkah ke hadapan Anwar setelah diumumkan sebagai calon Perdana Menteri, Pengerusi PH itu berkomentar bahawa beliau tidak telalu teruja dicalonkan kerana telah beberapa kali dicalonkan sejak bertahun lalu


"Yang disebut bakal PM sudah puluh tahun. Saya tidak terpukau dengan keputusan begitu cuma ia berikan satu mandat jelas daripada pihak PH. Maknanya blok terbesar dalam negara sekarang ini (ada calon PM dan) dengan prinsip-prinsip yang diketengahkan (untuk menghadapi PRU)


"Kedua, mengandaikan bahawa ada peranan satu atau dua orang dalam PRU lalu tidak tepat. Dalam PRU 2013 dari jumlah pengundi (popular) kita lebih besar.


"2018 saya tidak menafikan peranan Tun Mahathir tetapi gerakan rakyat (untuk berubah) itu telah lama, dia membantu, kita ucap terima kasih walaupun kemudian dia korbankan (kerajaan PH).


"Jadi saya yakin dengan perkembangan sekarang. Ekonomi begini, nasib Melayu terabai, jadi masa untuk mengangkat semula (kerajaan PH)," katanya.


Sebelum itu dalam ucaptamanya, Anwar menyentuh mengenai keperluan golongan ilmuan menjajarkan semula perjuangan menentang golongan elit politik yang membiarkan kuasa dan kekayaan berlegar di sekeliling mereka.


"Isu ini bagi saya mesti ditangani oleh golongan berilmu menyanggah pemikiran golongan elit politik. Umpamanya perkembangan muktakhir politik kita, iaitu pengkhianatan, kolompok-kelompok ini bersekongkol mengkhianati parti masing-masing dan memerintah.


"Walaupun saya pertikaikan keabsahannya (kerajaan PN), kalau mereka dapat memfokuskan hala tuju yang jelas, membela nasib rakyat, orang miskin, mengangkat mutu pendidikan, memartabatkan bahasa (maka tidak ditentang sangat oleh rakyat).


"Tetapi semua ini tidak ada. Tiada yang menunjukkan mereka ada komitmen apa-apa kecuali membeli (Ahli Parlimen) untuk mempertahankan kuasa.


"Terutama bagi orang Melayu, walaupun ini dikatakan kerajaan pertama 90% Melayu. Tetapi bagi saya yang kita harus ukur bukan tokoh Melayu namun dasar yang dapat membela dan mempertahankan rakyat terbanyak," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, sudah tiba masanya struktur pembelaan ke atas rakyat Malaysia diubah dan tidak terhad berasaskan kaum.


Dengan gagalnya dasar PN, katanya maka konsep Melayu diutamakan jelas tidak boleh survive di Malaysia yang berbilang bangsa.


"Saya tak ungkapkan sangat dari segi kaum. Kalau kita bicara soal mutu pendidikan dan pendemokrasian pendidikan. Yang banyak menerima manfaat ialah golongan majoriti dan yang terlantar dan tersisih itu majoritinya Melayu.


"Di kalangan Melayu yang kaya pula memihak kepada elit penguasa, bukan kepada rakyat.

"Rumusannya dengan keadaan sedemikian, harus menekan kita terutama golongan elit untuk memikir semula pendekatan yang benar-benar mewakili hasrat rakyat dan memantapkan kedudukan negara," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER