top of page

Calon pimpinan AMK pintar berpidato, visi hingga 20 tahun ke depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 minutes ago
  • 2 min read


Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak akan kekurangan pemimpin memandangkan pimpinan yang memperkenalkan diri dalam majlis RAPAT Angkatan Muda Keadilan hari ini amat bijak berpidato dan mempunyai visi masa hadapan.


Ketua AMK Malaysia, Adam Adli Abd Halim memuji para calon pimpinan yang naik ke pentas, yang beliau anggap kelak bakal mengisi barisan kepimpinan negara.


"Saya puji saudara yang bertanding Exco dan sebagainya. Ada yang meletakkan pandangan (visi) 20 tahun akan datang. Ada yang letak asas kita bukan cakap soal hari ini, tetapi lima - enam tahun akan datang.


"Kalau saya lihat pentas hari ini, dari awal sampai calon Timbaan Ketua AMK. InsyaAllah parti ini cerah masa depan," katanya.


Menurut Adam, semua yang bertanding tersebut mempunyai peranan dalam parti sama ada menang atau pun tidak.


"Yang menang buat kerja lebih baik, tidak menang kamu ada kerja di peringkat lain. Kamu semua boleh berucap, berpidato. Peluang ada di tangan anda. Ruang perlu dibuka oleh anda sendiri.


"Tidak ada pemimpin berjaya, tokoh besar yang menunggu jawatan diberikan kepada mereka. Hanya yang berani menongkah arus akan berjaya. Namun perlu juga menjaga ukhwah dan muafakat kita," katanya.


Dalam pada itu, Adam turut mengingatkan anggota AMK bahawa KEADILAN merupakan parti yang sentiasa menghadapi cabaran.


Katanya, KEADILAN pernah melalui episod pengkhianatan yang menyakitkan namun parti tidak menjadi lemah sebaliknya muncul sebagai parti utama dalam Kerajaan Persekutuan.


"Kita pernah berdepan pengkhianatan bersiri, berdepan dengan kekalahan berturut turut, pemimpin pernah dipenjara.


"Pernah kehilangan sebahagian besar anggota dalam KEADILAN. Inilah yang kita sebut, kamu tikamlah berapa kali KEADILAN tidak akan mati.


"Sebab itu orang di luar akan sentiasa mengikuti perkembangan parti. Daripada kita bermula di gerakan jalanan sampai ke hari ini di puncak kuasa, KEADILAN akan sentiasa di bawah permerhatian masyarakat di luar sana," katanya.


Justeru ,Adam yang tamat tempoh jawatannya pada Pemilihan 2025 berharap generasi penerus akan meneruskan kecemerlangan AMK yang menjadi ruang utama pemimpin muda menggilap bakat dan wibawa sejak 1999.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page