top of page

Calon pilihanraya Wanita KEADILAN dipersiap dari segi idealisme, latihan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 23
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Persiapan calon pilihanraya perlu merangkumi bukan sahaja aspek latihan, tetapi pembangunan idealisme, kemahiran komunikasi serta sokongan dana yang mencukupi.


Bagi Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek, pihaknya sememangnya menitikberatkan persiapan seseorang calon sebelum mereka dihantar bertempur di gelanggang politik.


"Sebab itu tumpuan kita bukan sahaja terhadap latihan, tetapi sosok yang mahu masuk pilihanraya itu mesti dipersiapkan dari segi idealisme dan latihan.


"Selain itu, calon juga perlu dilatih menguasai hati pengundi dan pada masa sama kita juga memberikan keyakinan kepada mereka untuk masuk (bertanding) sebagai calon," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Kongres Nasional Wanita KEADILAN yang diadakan di Pusat Konvensyen Danga Bay (DBCC) di Johor Bahru, hari ini.


Tambah Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, pihaknya turut menekankan tentang aspek pendanaan yang dilihat antara cabaran dihadapi seorang calon pilihanraya.


"Jadi kita susun bukan sahaja daripada konsep latihan, tetapi melibatkan konsep dana.


"Dana adalah untuk menyokong mereka sekiranya menjadi calon, mereka tidak perlu fikir tentang pendanaan kerana kita telah memulakan proses berkenaan.


"Kita memulakan proses itu kerana kita tahu antara cabaran besar seorang calon pilihan raya adalah tentang penyediaan dana khususnya golongan wanita yang mahu masuk ke pilihan raya," ujar beliau yang juga Menteri Pendidikan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page