top of page

‘Calon PH penghubung pembangunan KKB dengan Kerajaan Negeri’



Oleh: Abdullah Zaid


Kemenangan calon Pang Sock Tao (PH) amat penting kepada rakyat Kuala Kubu Baharu (KKB) agar menjadi penghubung kepada Kerajaan Negeri dan masyarakat di kawasan itu.


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sekiranya kemenangan PH di DUN KKB itu dikekalkan ianya akan melonjakkan pembangunan di DUN berkenaan.


"Selangor ditadbir bawah PH dan Menteri Besarnya (Datuk Seri Amirudin Shari) juga adalah PH jadi mudah berurusan melibatkan pembangunan.


"(Pelan pembangunan) kita boleh teruskan dan pertingkat di DUN KKB. Jadi saya seru pengundi untuk berikan undi kepada calon Pakatan Harapan," katanya dalam sidang media bersama calon Perpaduan di Kuala Kubu Bharu, hari ini.


Selain itu, ketika ditanya mengenai kaedah meningkatkan jumlah keluar mengundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, Mantan Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kerja keras untuk menarik seramai mungkin pengundi perlu dilipat gandakan dalam tempoh 48 jam terakhir kempen.


"PRK selalunya pengundi tidak ramai keluar mengundi. Jadi ada sedikit penurunan, ia sedikit sebanyak memberi kesan (jumlah peratusan undi).


"Oleh itu kita perlu bekerja keras untuk tarik seramai boleh pengundi untuk keluar mengundi supaya legasi yang dijalankan oleh mendiang Lee dapat diteruskan," ujarnya.


Tambah Dr Wan Azizah, penerimaan baik masyarakat India kepada calon PH setakat ini memberi peluang besar buat blok Perpaduan untuk terus mengekalkan kemenangan di kerusi tradisi milik DAP itu.


"Setakat ini sokongan pengundi India amat bagus, beberapa walkabout dan kempen telah dibuat dan penerimaan mereka sangat baik.


"Kita juga telah berikan penjelasan kepada mereka untuk menggunakan kuasa mengundi ini sebagai peluang untuk mereka memilih calon PH," katanya lagi.


PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan berikutan kematian penyandangnya Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.


Kerajaan Perpaduan mencalonkan wakil DAP Sock Tao mewakili Perpaduan berhadapan dengan tiga seteru bagi merebut kerusi DUN KKB.


Sabtu ini, seramai 40,226 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan seorang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page