top of page

Calon PH pelajar cemerlang: Pang Sock Tao tutup mulut Ketua Penerangan Pas



Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.


Menerusi hantaran di akaun Facebooknya, Xiao Tao, calon berusia 31 tahun itu mempamerkan keputusan cemerlang diperolehnya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Keputusan SPM Sock Tao

Berdasarkan sijil yang dimuat naik itu, Sock Tao yang merupakan bekas pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) On Pong Ampang, Hulu Langat, Selangor memperoleh 7A bagi UPSR.


Bagi keputusan SPM pula, beliau yang menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah (SM) Chung Hua Port Dickson, Negeri Sembilan dengan meraih 10A.


"Yang Berhormat Pasir Mas, Tuan Ahmad Fadhli Shaari bertanya tentang UPSR dan SPM saya...Inilah jawapannya.


"Saya terhutang budi kepada guru-guru yang pernah mengajar saya. Ucapan terima kasih sahaja memang tidak cukup sebagai balasan atas jasa bakti yang telah dicurahkan dalam mendidik saya," katanya dipetik.

Pencapaian UPSR Sock Tao

Dalam pada itu, Sock Tao dalam masa sama turut menzahirkan penghargaan buat kedua ibu bapanya.


"Terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang tidak pernah mengabaikan pendidikan anak-anak mereka," katanya.


Sock Tao merupakan lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik (Kepujian) Universiti Tenaga Nasional (Uniten) 2017 dan pernah menjadi penerbit Ubah TV, organ DAP.


Beliau juga pernah menjadi pegawai khas kepada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (2018-2020).


Terdahulu Ahmad Fadhli menerusi Facebooknya pada Ahad mencabar anak kelahiran Ampang, Selangor menyatakan tahap pendidikan rendah dan menengahnya.


Isu berkaitan pencapaian pendidikan calon menjadi kontroversi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu susulan wujud dakwaan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mengemukakan sijil palsu.


Bagaimanapun, isu tersebut selesai selepas Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengesahkan sijil Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dimiliki Khairul Azhari.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page