top of page

Calon PH DUN Tanjung Bidara seru keluar mengundi

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Nov 20, 2021
1 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Tanjung Bidara, Zainal Hassan menyeru pengundinya turun mengundi hari ini bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Katanya, inilah masanya untuk pengundi memilih kerajaan yang lebih kukuh dan stabil.


"Saya sebagai anak jati telah menjalankan tanggungjawab demi untuk anda semua.


"Harapan saya, keluarlah mengundi demi masa depan yang lebih bersih dan stabil," katanya.


Zainal berdepan calon Barisan Nasional (BN), Ab Rauf Yusoh dan calon Perikatan Nasional (PN), Mas Ermieyati Samsudin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page