top of page

Calon perlu kerja keras kempen atau hadapi risiko - Rafizi



Calon calon yang telah diumumkan untuk mewakili KEADILAN perlu bekerja keras bagi menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.


Menurut Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Malaysia, Rafizi Ramli, setiap calon perlu bekerja keras untuk berkempen atau mereka berkemungkinan tidak diteruskan dengan pemberian watikah pada hari penamaan calon.


"Lepas ini kami akan kejar jentera calon untuk memastikan setiap hari ada aktiviti kempen yang mencukupi. Kalau kami merasakan saudara saudari jadi calon lambat mulakan enjin, saya sendiri jumpa presiden untuk tukar calon," kata Rafizi memberi amaran agar kerja berterusan dilakukan untuk membolehkan KEADILAN mempertahankan kemenangan atau merampas negeri baharu.


Beliau berkata, calon tidak boleh seperti sebelum ini melobi dan kemudian selepas dinamakan berharap pemimpin atasan untuk berkempen di kawasan mereka.


Sebaliknya, kata beliau, calon seharusnya turun ke seberapa banyak kawasan memperkenalkan diri dan merayu undi dengan cara fizikal atau maya.


"Ukuran sebenar calon semasa berkempen, jangan bebankan pimpinan atasan semata mata untuk kempen.


"Ukuran menang kalah itu ialah betapa tangkas jentera di bawah, telefon orang, kenal pasti pengundi atas pagar. Tidak ada alasan kalau tidak menyentuh hati separuh pengundi atas pagar.


"Kita ada 3 minggu, keadaan ada menunjukkan peralihan pengundi Melayu dari seminggu ke seminggu. Yang kita perlu tumpu ialah bagaimana membina momentum kempen yang lebih baik," katanya dalam Majlis Pengumuman Calon KEADILAN, malam tadi.


Biar pun katanya, jentera KEADILAN melalui platform Sista mempunyai 45,000 sukarelawan yang lebih banyak bergerak secara non fizikal, itu tidak bermakna jentera kempen tradisional tidak diperlukan.


Bagaimanapun Rafizi mengucapkan syabas kepada jentera kempen yang telah bergerak sejak beberapa minggu lalu tanpa disedari oleh kebanyakan anggota parti.


"KEADILAN beralih dari ceramah besar besaran kepada kempen terhadap pengundi atas pagar yang dibuat secara senyap. Saya ucap tahniah kepada jentera yang menefon pengundi atas pagar tiap tiap hari," katanya.


Namun Rafizi tetap memberi amaran bahawa undi di kawasan Melayu masih belum cukup untuk membuat perubahan dan kempen yang lebih berkesan diperlukan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page