top of page

Calon parlimen PH Sungai Petani giat berkempen

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 18, 2022
1 min read


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari giat berkempen di sekitar Sungai Petani dalam 2 minggu tempoh berkempen.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kedah itu telah mengunjungi pelbagai restoran, rumah penduduk, tapak pasar dan menyantuni semua golongan tanpa mengira kaum.


Lawatan di kawasan pasar misalnya dilakukan dengan mentor beliau mantan Ahli Parlimen Sungai Petani untuk 3 penggal Datuk Johari Abdul.


Taufiq mengedar risalah kepada kaum Tionghua

Sambutan yang diterima dari kalangan pengundi pelbagai kaum amat baik dan banyak yang teruja menerima calon muda mewakili kawasan berkenaan.


Sebelum ini, Dr Taufiq tidak asing lagi bagi penduduk setempat kerana beliau juga sebahagian daripada petugas di pusat khidmat Parlimen Sungai Petani yang sering menyantuni warga setempat serta menyelesaikan masalah mereka.


Untuk PRU 15 ini Dr Taufiq akan melawan calon PRM, Tan Joo long; Pejuang, Marzuki Yahya; PN, Dr Robert Ling dan BN, Datuk Shahanim Yusoff

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page