Calon PH dikompaun RM4,000 kerana pakai jaket logo parti, calon BN, PN bagaimana?



Peraturan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu dikaji semula apabila calon DUN Machap Jaya, Law Bing Haw yang memakai jaket Pakatan Harapan dikenakan kompaun.


Menurut Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih kang, kompaun bernilai RM4,000 yang diterima salah seorang pimpinan tempatan parti itu mengejutkan PH Melaka, apatah lagi dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit.


"Semalam Datuk Seri Anwar telah datang dan ada satu sesi santai di Kampung Melaka Pindah bersama saudara Law dan kawan kawan lain. Ada gambar diambil pada masa itu. Ini di warung Kak Pah, kelihatan Anwar, Law dan kawan kawan lain.


"Pada malam semalam anggota kita, Cikgu Alias terima satu kompaun yang bagi kami sangat memeranjatkan di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit


"Kesalahannya menjalankan kempen pilihan raya DUN Melaka dengan cara calon memakai jaket berlambang parti PH.


"Bukan pasal pelitup muka, penjarakan fizikal tetapi menjalankan kempen PRN dengan calon memakai jaket berlambang PH. Ini kompaun dan nilainya RM4,000," katanya dalam sidang media maya bersama Calon DUN Machap Jaya sebentar tadi.


Lih Kang seterusnya bertanya apakah apakah wujud SOP bertulis yang melarang calon memakai baju parti dan apakah Akta Kawalan Penyakit boleh digunakan dalam hal memakai baju parti?


"Saya terkejut, saya nak tanya pihak berkuasa adakah ini SOP baru di mana tidak ada seorang calon pun boleh pakai baju berlambang PH, atau logo parti lain? Kalau macam itu apa maknanya kita adakan PRN? Ini adalah kompaun di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Adakah dengan pakai baju PH boleh menyebar penyakit berjangkit?


"Soalan kedua, adakah SOP ini akan dipakai atas semua orang? Kalau begitu saya mendesak pihak berkuasa keluarkan kompaun kepada setiap orang yang pakai baju berlambang logo parti mereka," katanya.


Semetara itu, ADUN Rawang, Chua Wei Kiat turut bertanya adakah SOP tersebut dikenakan kepada PH sahaja atau kepada parti-parti lain yang bertanding, kerana terdapat bukti calon BN dan PH turut memakai baju parti ketika bertemu pengundi atau bersama pimpinan parti.


"Kita mendapati ada beberapa bukti double standard berlaku waktu kuatkuasa. Inilah buktinya di DUN Machap yang mempunyai persaingan antara PN dan BN yang mana mereka merupakan calon dalam kawasan Machap.


"Gambar saya pegang ini baju PN, ditangan YB ini pula adalah gambar BN. Soalan kita nak tanya, adakah SPR dan pihak berkuasa mengamalkan double standard? Adakah pakai PH satu kesalahan tetapi PN dan BN tidak menghadapi masalah?" tanyanya.

Law menunjukkan set ujian Covid di bilik gerakan PH

Dalam sidang media sama, Calon DUN Machap Jaya, Law Bing Haw mengambil kesempatan menjawab isu pelitup muka yang ditimbulkan MCA, kononnya petugas kempen PH melanggar SOP.


Menurut Law, petugas dan calon PH sangat berhati-hati dalam isu SOP. Mereka diwajibkan melakukan ujian saringan Covid 19 sebelum turun ke program.


"Isu yang berlaku dalam beberapa hari ini, mereka bercakap tentang kita tidak mematuhi SOP, pemakaian face mask. Saya terima kasih kepada pihak lawan saya MCA atas peringatan bahawa kita kena jaga SOP.


"Sebenarnya setiap kali sebelum bermula program kita akan buat ujian antigen Covid, selepas itu barulah kita bergerak ke program kita


"Saya beri tahu pengndi di DUN Machap Jaya, jangan risau, kita akan ikut SOP KKM untuk memastikan Covid tidak akan berlaku jangkitan," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER