top of page

Calon muda PH dinamik, bukan masih mentah - AMK Johor



Kritikan dilemparkan kepada Pakatan Harapan (PH) yang menurunkan banyak calon muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini dianggap tidak berasas.


Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Mohd Norfaiz, tindakan PH menurunkan Farzana Hayani Nasir di DUN Sungai Rambai misalnya merupakan tindakan tepat.


Beliau mempertikaikan kritikan sebuah persatuan mahasiswa yang menganggap Farzana sebagai calon mentah serta tidak layak untuk memimpin masyarakat.


"Biar pun Farzana Nasir masih menuntut di sebuah universiti awam dalam program Ijazah Sarjana, beliau sudahpun memiliki diploma dalam bidang Komunikasi dan Pengajian Media.


"Ramai lagi ahli politik lain (terutama Umno) yang tidak memiliki sebarang pencapaian akademik di peringkat tinggi.


"Apakah hanya disebabkan itu beliau dianggap mentah dan tidak layak?" tanyanya.


Tambah Norfaiz, negara menuju ke arah politik meraikan anak muda apabila tahun hadapan Undi 18 akan dilaksanakan.


Katanya, menolak calon anak muda merupakan penolakan kepada suara anak muda didengar di sidang DUN atau Parlimen.


"Kita menuju ke arah melibatkan anak muda dalam proses demokrasi dengan pelaksanaan Undi 18, masih ada yang beranggapan ketengahkan calon muda tidak tepat dan merendahkan mereka dengan panggilan mentah.


"Lebih mengecewakan lagi, tanggapan itu datang dari sebuah persatuan mahasiswa.


"Sewajarnya, sebelum kita lihat dari sudut negatif dan buruk sangka, lebih baik kita beri nasihat, sokongan dan dorongan agar anak muda yang diamanahkan untuk bertanding dalam pilihan raya mampu menggalas tugas memimpin masyarakat dan dalam masa yang sama terus menuntut ilmu dan mencapai ijazah yang dimahukan," katanya.


Tegas Norfaiz, dalam mendepani masalah political fatigue di kalangan anak muda dan mahasiswa, usaha yang dilakukan PH sedikit sebanyak mampu merobohkan dilema pihak yang menganggap politik itu kotor, politik hanya untuk orang tua atau politik Malaysia tidak bersih dan sebagainya.


"Segmen anak muda dalam menentukan siapa yang bakal memimpin negara tidak boleh dipandang enteng dan diperkecilkan. Sekurang kurangnya, jika Farzana menang dan diangkat sebagai Ahli Dewan Negeri, isu isu kemahasiswaan dapat diketengah dan diperjuangkan dengan lebih progresif.


"Ini yang dicemburui oleh musuh PH. Di kala mereka masih mengekalkan calon muka lama dan tua, PH mampu mengorak langkah dan meletakkan calon mahasiswa dalam PRN Melaka


"Selain itu, Farzana Nasir juga wajar dijadikan contoh dan teladan bagi setiap mahasiswa dan mahasiswi sekaligus menjadi ikon anak muda.

"Hal ini kerana beliau berani mengambil cabaran memikul tanggungjawab untuk menjadi calon wakil rakyat dan berkhidmat pada masyarakat sewaktu umurnya yang masih lagi muda. Ini menunjukkan Malaysia tak mandul dalam melahirkan pelapis pemimpin masa depan," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page