top of page

Calon muda bertanding di Cabang KEADILAN Shah Alam



Cabang KEADILAN Shah Alam yang telah sedia sengit, persaingan antara calon pimpinan utama Selangor ditambah calon pimpinan muda Wan Amierrul Ikhwan Mohd Naser.


Bagi Wan Amierrul Ikhwan, persaingan antara nama nama besar Rodziah Ismail dan Yaacob Sapari tidak menjadi masalah untuk beliau mencalonkan diri sebagai calon Ketua Cabang Shah Alam.


Katanya, sudah tiba masanya beliau yang sebelum ini aktif dalam Angkatan Muda KEADILAN untuk bertanding di peringkat Cabang.


"Saya berpendapat tidak salah aksi perjuangan kini ditampilkan oleh generasi lewat 30an, 40an, mengikut acuan asal gerakan reformasi, di mana kini kita sedang berhadapan dengan gelombang Undi 18


"Oleh itu saya mengambil keputusan untuk masuk gelanggang dengan misi menyatupadukan seluruh anggota KEADILAN Shah Alam secara total dan harmoni, di mana hakikatnya secara tradisi setiap barisan kumpulan calon kebiasaannya tidak akan menang semua dan juga tidak akan kalah semua, dan akhirnya akan berada di dalam satu saf kepimpinan," katanya.


Selain itu, Wan Amierrul Ikhwan berharap persaingan di cabang Shah Alam positif dan utuh. Beliau juga berhasrat untuk perkemaskan lagi jentera pilihan raya Shah Alam bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page