Calon MPP: Yahya Sahri tawar pengalaman gerakkan jentera pilihan raya



Kejayaan KEADILAN menerajui kerajaan Selangor sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 menjadi kenangan manis bagi Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Selangor pada waktu itu, Yahya Sahri.


Beliau ketika itu menggunakan strategi campuran pemimpin muda dan senior dalam parti sebagai calon dan diberi jolokan 'strategi masak lemak cili padi' telah berjaya mendapatkan keyakinan rakyat Selangor untuk berubah.


Berbekalkan pengalaman tersebut Yahya atau Pak Ya menawarkan diri sebagai calon ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) nombor 4 pada pemilihan KEADILAN yang akan berlangsung pada Kongres Nasional kali ke 16, pertengahan bulan ini.


"Dari 2000 sampai 2016 saya berada dalam Majlis Pimpinan Pusat dan sekarang saya menawarkan sekali lagi untuk bertanding dalam MPP.


"Sudah tentu cita cita saya yang utama, parti ini menerajui sekali lagi kerajaan. Pengalaman yang saya ada dalam pilihan raya untuk mengendalikan jentera pilihan raya, saya tawarkan kepada parti dan seluruh anggota serta rakyat Malaysia," katanya dalam satu temubual bersama Suara Keadilan sebelum ini.


Tidak menyembunyikan impiannya buat kali kedua, seperti 2018 Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya, Yahya berharap perwakilan akan mengundinya sebagai ahli MPP untuk beliau mengutarakan strategi menumbangkan BN di Selangor dan di peringkat nasional sekali lagi.


Selain itu, Yahya juga telah bergiat aktif dalam KEADILAN sejak hari pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan Reformasi di Kuala Lumpur.


Pak Ya kemudian dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan KeADILan yang pertama bagi Selangor. Beliau terlibat aktif dalam menubuhkan bahagian bahagian (kini Cabang) dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri.


Jawatan politik terkini Pak Ya adalah Pengarah Operasi Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN dan PH Negeri Selangor, di samping kekal sebagai Ketua Cabang Tanjong Karang sejak 2004.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER