top of page

Calon MPP: Tarik sokongan pengundi muda kepada KEADILAN



Pengundi muda amat diperlukan untuk memenangkan KEADILAN dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


Oleh itu, Ahli Dewan Negeri Anggerik Mohd Najwan Halimi berkata, beliau akan cuba mendapatkan undi anak muda dan itu tekadnya sekiranya terpilih sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN.


"Berbekal sedikit pengalaman bermula dari peringkat cabang, negeri, Angkatan Muda KEADILAN dan kini sebagai salah seorang Ahli Dewan Negeri Selangor maka hari ini saya menawarkan khidmat untuk membantu agenda pengukuhan parti di peringkat nasional.


"Sebagai anak muda yang terlibat dalam perjuangan KEADILAN sejak dari zaman kampus, keutamaan saya adalah untuk membantu usaha parti menarik sokongan serta merangkul dukungan kelompok pengundi muda bertunjangkan idea-idea segar dengan pendekatan inklusif dan gerak kerja yang agresif," katanya.


Beliau berharap perwakilan akan mmberikan undi kepadanya calon nombor 3 bagi melaksanakan janjinya dalam Pemilihan di Kongres Nasional KEADILAN 2022.


"Dengan penuh takzim, saya Mohd Najwan Halimi merayu sokongan dan undi dari teman-teman perwakilan yang akan menghadiri Kongres Nasional Ke-16 pada 16-17 Julai ini di Shah Alam, Selangor.


"Bersama-sama kita berpadu tenaga menggembleng kekuatan seluruh anggota dan merangkul segenap potensi untuk mempersiapkan KEADILAN sebagai sebuah parti pilihan rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum akan datang seterusnya mengangkat Agenda Reformasi ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page