top of page

Calon MPP: Saifuddin suntik semangat 'Kita Saling Memerlukan'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 23 hours ago
  • 2 min read


Oleh: Mohd Azuan Ab Rahman


Pengalaman sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor mengajar tentang pentingnya peranan tradisi akar umbi sebagai pemegang taruh dalam perjuangan parti.

Calon Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Saifuddin Shafi Muhammad berkata, walaupun proses reformasi sedang digerakkan di peringkat kerajaan, realitinya masih banyak suara akar umbi yang perlu diberi perhatian.


Justeru beliau bertekad, sekiranya diberi kepercayaan untuk menganggotai MPP pada pemilihan kali ini, akar umbi parti di semua peringkat bakal diperkasa dengan suara dan pandangan mereka akan didengari.


"Masih ada keluhan yang belum terubat dan harapan yang belum digenggam.


"Maka, saya hadir dengan semangat baharu, membawa tema “Kita Saling Memerlukan”, yang memperkukuh mesej “Bersama Membina Parti Kita” dilaungkan saudari Nurul Izzah Anwar.


"Saya menawarkan kepimpinan yang menjunjung nilai kasih sayang dalam perjuangan, membina jambatan kepercayaan antara pemimpin dan anggota, serta memacu perubahan yang berani tetapi realistik," katanya menerusi satu kenyataan.


Saifuddin kini merupakan Pengarah Strategi Pakatan Harapan (PH) Negeri Selangor.


Pernah dilantik sebagai Setiausaha Biro Pekerja Majlis Pimpinan Pusat selain Timbalan Ketua Koordinator Jingga-13 dan Presiden Anwar Ibrahim Club (AIC), Saifuddin terbukti mempunyai pengalaman cukup luas di peringkat akar umbi.


Sementara itu sebagai mengulas keputusannya untuk bertanding ke jawatan MPP kali ini, Saifuddin menjelaskan, ia didorong keinginan mendalam untuk terus menyumbang kepada gerakan Reformasi.


Dalam masa sama beliau berhasrat kehadirannya akan mengangkat semula semangat KEADILAN sebagai parti harapan rakyat.

"Saya percaya bahawa masa depan parti ini bergantung kepada satu pasukan yang bersatu hati dan berjiwa besar.


"Kita memerlukan barisan kepimpinan yang bukan sahaja memahami denyut nadi rakyat, tetapi juga berani menyahut cabaran zaman, memimpin dengan hikmah dan bertindak dengan strategi.


"Saya menghulurkan tangan, mengajak anda semua untuk berjalan bersama saya. Demi KEADILAN yang lebih kuat, demi Reformasi yang lebih menyeluruh, dan demi rakyat yang tidak pernah berhenti berharap," tambah Saifuddin.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page