Perwakilan dari segenap Cabang KEADILAN seluruh negara yang akan mengundi ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada hujung minggu ini perlu memilih calon yang berbakat untuk membantu pemimpin parti dalam membuat dan meluluskan dasar.
Menurut calon MPP nombor 46, Muhamad Arafat, Ketua ketua cabang, Ketua Wanita dan perwakilan amnya perlu memilih calon yang benar benar kredibel bagi sesi 2022 - 2025 ini.
"Kini KEADILAN sudah mempunyai presiden, timbalan presiden serta naib-naib presiden yang hebat
"Kita perlukan 20 MPP yang teruji, bersih, berani, komited untuk membantu ‘top 6’ parti dalam membuat dasar, membuat keputusan, menentukan hala tuju parti terutama dalam menghadapi PRU.
"Terutama menggerakkan kempen melawan rasuah, ketidakadilan dan kemungkaran yang dilakukan kerajaan BN-PN
"Oleh yang demikian, saya Arafat menawarkan diri sebagai calon Ahli MPP KEADILAN dengan nombor calon 46," katanya.
Selain sebagai calon MPP, Arafat juga adalah ADUN Hulu Kinta, Ketua Cabang KEADILAN Tambun dan Ketua Penerangan KEADILAN Perak.
Comments