top of page

Calon MPP: Jana kembali kekuatan, tangani kelesuan politik - Tan Kar Hing



Kelesuan politik terutama dalam kalangan pengundi Atas Pagar dan anak muda perlu ditangani dengan bijaksana oleh KEADILAN bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Sehubungan itu, calon ahli Majlis Pimpinan Pusat, Tan Kar Hing menawarkan pengalaman politiknya untuk menarik minat generasi muda ke arah perjuangan reformasi dan mengembalikan kegemilangan Pakatan Harapan di Putrajaya.


"Kita sedar lanskap politik tanah air dalam keadaan ramai penyokong yang lesu, malah politik terhimpit dengan tekanan ekonomi semasa.


"Namun saya percaya dengan gandingan baru pemimpin tertinggi yang terpilih (dalam Pemilihan) mampu membawa parti mengharungi segala cabaran yang bakal kita hadapi dalam PRU ke-15.


"Justeru, saya terpanggil untuk menyumbangkan kembali tenaga dan sedikit ilmu serta pengalaman kepada parti. Saya ingin menawarkan diri bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat bagi membantu memperkasakan parti dalam menghadapi PRU yang akan datang.


"Dengan rendah hati, saya ingin memohon sokongan perwakilan dan rakan-rakan sekalian (pada Pemilihan kali ini)," katanya.


ADUN Simpang Pulai itu bertekad untuk menarik sokongan 5 juta pengundi muda bahawa KEADILAN merupakan parti yang dipimpin oleh golongan yang memahami pergulatan dan jerih perih derita mereka.


"Parti kita sentiasa memberi peluang dan ruang kepada pemimpin muda. Begitu juga pilihan setiap anggota parti dalam pemilihan parti baru-baru ini telah melahirkan barisan pimpinan kanan yang muda dan berkaliber.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai nahkoda dan dibantu oleh Rafizi Ramli, Datuk Seri Amiruddin Shari, Chang Lih Kang, Nik Nazmi juga Datuk Seri Aminuddin Harun," katanya.


Selain sebagai ADUN, Kar Hing juga berterima kasih kerana KEADILAN memberi beliau peluang memegang jawatan-jawatan di peringkat Cabang Tapah dan Gopeng, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak, Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia dan ahli dalam Jabatan Pilihanraya Pusat.


Beliau berjanji akan menyumbang idea idea peremajaan parti sekiranya terpilih sebagai ahli MPP.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page