top of page

Calon MPP: Bawa suara generasi muda untuk peremajaan KEADILAN



Sokongan generasi muda amat penting dalam memastikan KEADILAN terus relevan dan menang Pilihan Raya Umum ke 15 kelak.


Bagi calon Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), nombor 59, Adzman Kamaruddin, beliau bertekad mahu membawa lebih banyak suara generasi muda menyokong perjuangan reformasi dan berharap cadangan itu akan dijadikan gerak kerja utama sekiranya terpilih menganggotai MPP.


"Mengambil iktibar sempena Hari Raya Aidiladha bahawa menjadi lumrah perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan biar pun penuh liku dan onak duri serta menuntut pengorbanan.


"Juga menyedari betapa pentingnya suara generasi muda bagi menjamin kelangsungan perjuangan idealisme reformasi dan peremajaan parti.


"Maka saya setelah memohon pandangan rakan-rakan pimpinan, anggota serta penyokong, dengan penuh tawaduk menawarkan diri sebagai calon Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan merayu sokongan serta undi dari teman-teman perwakilan pada Pemilihan KEADILAN yang akan berlangsung sewaktu Kongres Nasional pada 16 dan 17 Julai ini," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berharap anggota MPP yang dipilih kali ini akan mempunyai visi yang jelas mengenai pendekatan politik masa hadapan dan mampu merangkul kekuatan semua anggota parti.


"Semoga tawaran dan tekad serta sikap yang ampuh bagi memungkinkan perubahan dapat diterjemah pada pemilihan parti kali ini, sekali gus dapat merangkul kekuatan anggota dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15, InshaaAllah," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page