top of page

Calon MCA Klebang perlu letak jawatan Tim. Menteri elak salah guna sumber - Chean Chung



Calon MCA bagi DUN Klebang, Datuk Lim Ban Hong digesa meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk meneruskan kempen beliau sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


ADUN Semambu, Lee Chean Chung berkata, dari segi etika Lim sebaik-baiknya melepaskan jawatan agar beliau tidak dituduh menggunakan kemudahan Kerajaan Persekutuan dalam kempen politiknya.


"Datuk Lim Ban Hong ini dikatakan beliau tidak perlu letak jawatan untuk bertanding di DUN PRN Melaka. Dikatakan mereka telah diterima masa penamaan calon dan sah di sisi undang-undang.


"Kami bukan pertikai hal itu. Yang kami pertikai etika untuk sertai PRN apabila beliau merupakan seorang timbalan menteri. Sebab beliau telah pun mengambil peranan eksekutif di Putrajaya sebagai timbalan menteri, adakah wajar dan betul dari segi etika untuk beliau bertanding di kawasan DUN?


"Mereka kata calon kita di Paya Rumput juga Ahli Parlimen dan dia bertanding DUN. Jadi mengapa nak salahkan MCA? Akan tetapi jawatan adalah berbeza. Ahli Parlimen adalah legislatif tetapi timbalan menteri jawatan eksekutif. Jangan kelirukan rakyat," katanya dalam sidang media di Klebang, petang tadi.


Dalam pada itu, Chean Chung menolak alasan yang diketengahkan segelintir pihak di dalam Pakatan Harapan pun banyak Ahli Parlimen yang bertanding di peringkat DUN.


Katanya, hal tersebut tidak sama kerana Ahli Parlimen berkenaan tidak memegang jawatan eksekutif ketika bertanding di DUN.


"Dikatakan Lim Guan Eng, Anthony Loke mereka juga memegang jawatan di Parlimen dan DUN. Tetapi perbezaannya adalah mereka bertanding kedua-duanya serentak tanpa memegang apa-apa jawatan (eksekutif) kerana Parlimen dan DUN (pilihan raya) dalam masa sama. Hal itu amat berbeza dengan situasi sekarang.


"Tetapi Lim bertanding dengan jawatan eksekutif," katanya.


Bendahari Agung KEADILAN itu juga mencabar Lim menunjukkan surat cuti yang diambilnya untuk berkempen di Klebang.


Tidak wajar, katanya, calon berkempen dengan jawatan Timbalan menteri dan mungkin melakukan kempen bersama program kementerian.


"Adakah beliau akan salah gunakan sumber sebagai timbalan menteri dalam proses kempen ini. Adakah Datuk Lim ambil cuti? Adakah beliau tidak membawa kemudahan rasmi, kenderaan rasmi ke sini?


"Saya mencabat Lim kemukakan surat ambil cuti. Tunjuk kepada pengundi di Klebang beliau ambil cuti dan berkempen sepenuh masa hingga 20 November," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page