top of page

Calon lompat: Syed Sadiq pernah sokong hal sama dalam Bersatu - AMK Johor



Parti Muda tidak boleh mencela tindakan Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan 2 calon lompat dalam Pilihan Raya Negeri Melaka kali ini.


Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Faezuddin Puad berkata, Presiden penaja Muda, Syed Sadiq Abdul Rahman sendiri pernah menyokong amalan sedemikian ketika beliau berada dalam Bersatu dan menjadi menteri dalam kabinet PH.


"Melihat satu gambar dikirim rakan kepada saya kelihatan jelas lebar senyuman Syed Saddiq menerima kemasukan Mustapa Mohamed daripada Umno ke Bersatu. Siap ‘welcome’. Setahu saya reaksi begini tanda orang gembira.


"Kemudian diikuti enam lagi pemimpin Umno masuk Bersatu, Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abd Rahim Bakri; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun; Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Edris Ahli Parlimen Beluran; Datuk Seri Ronald Kiandee; ADUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor; dan ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun.


"Peristiwa ini berlaku ketika Syed Saddiq masih dalam kerajaan Pakatan Harapan. Barangkali pada ketika itu Syed Saddiq lupa tentang soal prinsip? Adakah mereka semua wira di mata Syed Saddiq?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Faezuddin juga membawakan siri sokongan membuta tuli Syed Sadiq ke atas Tun Mahathir yang mahu terus menjadi Perdana Menteri sehingga akhir penggal, sedangkan telah dipersetujui dalam perjanjian bersama PH bahawa Pengerusi Bersatu itu hanya boleh berkhidmat selama 2 tahun secara prinsipnya.


"Saya ingat lagi audio mesyuarat terakhir Majlis Presiden PH yang bocor sebelum berlaku Langkah Sheraton, waktu itu bermati-matian Syed Saddiq mempertahankan Tun Mahathir wajib kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal sedangkan telah ada manifesto bahawa Tun cuma Perdana Menteri sementara yang kemudiannya perlu diserahkan kepada Anwar Ibrahim.


"Barangkali pada waktu itu Syed Saddiq lupa tentang soal prinsip untuk patuh menunaikan janji? Bukankah tunaikan manifesto juga sebahagian daripada mandat rakyat?


"Tidak cukup dengan itu, pada pilihan raya umum 14 lalu, tanding guna lambang KEADDILAN dan mengambil semangat PH, tapi selepas peristiwa Langkah Sheraton, Syed Saddiq memilih menjadi bebas kemudian tubuh parti sendiri berbanding pulang ke PH


"Kalau pertahankan prinsip sepatutnya Syed Saddiq sertai PH atau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Muar, pulangkan semula mandat kepada rakyat, biarlah rakyat pilih pemimpin baru," katanya lagi.


Justeru, sekiranya Muda mahu ketua yang benar-benar berprinsip, maka Faezuddin mencadangkan agar Syed sadiq digantikan dengan orang lain yang tidak tercemar rekodnya.


Dengan cara itu rakyat akan menghormati prinsip pemimpin dalam parti berkenaan.


Syed Sadiq kelmarin mengulas tidak bersama PH dalam PRN Melaka kerana gabungan itu menurunkan 'katak politik' yang ditolak oleh rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page