Calon Ketua Wanita KEADILAN, Senator Fadhlina Sidek menawarkan inisitaif 3 komponen untuk mengangkat perjuangan wanita.
Menurut beliau inisiatif itu, Lawa, Bangkit dan Asak mampu membawa Wanita KEADILAN ke tahap yang lebih baik daripada sebelumnya.
"Melalui inisiatif Lawa saya akan memperkukuh pemerkasaan latihan untuk aktivis wanita KEADILAN serta menyediakan pelapis wanita muda
"Kepedulian terhadap anggota parti harus mencerminkan parti ini adalah “safety nest” untuk semua anggota yang bukan sahaja berkongsi semangat reformasi atau kuat secara musim-musiman tetapi kukuh persaudaraan dan kepeduliannya.
"Akhirnya apabila kita kembali kepada asas Lawa ini, maka ia akan menjawab kepada apa yang kita mahu hadirkan sebagai “politik khidmat kebaktian” yang akan diterjemahkan kepada pengundi dan rakyat," katanya.
Melalui inisiatif Bangkit pula, Fadhlina berkata Wanita KEADILAN perlu menubuhkan bank data dan kajian isu wanita serta keluarga dan masyarakat rentan yang dianggotai aktivis juga ahli akademik
"Kita harus akur ini adalah zaman “contestation of ideas”. Zaman beradu kekuatan tawaran siapa yang lebih baik. Kita sudah sebut yang ingin ditawarkan adalah politik khidmat kebaktian.
"Maka khidmat kebaktian itu hanya akan terjadi sekiranya kita mempunyai bank data isu yang progresif dan kajian-kajian akademik yang benar-benar melihat isu masyarakat dengan lebih halus dan terperinci.
"Kekuatan Bangkit ini kelak adalah untuk meningkatkan penguasaan terhadap isu semasa, menawarkan solusi berdasarkan evidence based dan merekayasa kekuatan pentas contestation of ideas," katanya.
Selain itu, beliau juga akan memperkenalkan ekosistem selamat buat wanita dengan agenda menghapuskan keganasan berasaskan gender termasuk perkahwinan kanak-kanak, keganasan rumahtangga, kemiskinan haid, kehamilan luar nikah bawah umur dan antara lain komited dengan advokasi Rang Undang undang anti gangguan seksual
Juga pelan perlindungan sosial, khususnya perlindungan sosial untuk ibu tunggal, ketua isi rumah wanita, perlindungan sosial untuk kanak-kanak, segmen umur bekerja dan warga emas.
Manakala terakhir, inisiatif Asak yang akan melakukan asimilasi struktur asas kepimpinan wanita.
"KEADILAN adalah satu-satunya parti yang meletakkan secara bertulis di dalam perlembagaannya Perkara 5.14 bahawa dalam kepimpinan dan membuat keputusan sekurang-kurangnya penglibatan 30% wanita
"Bagaimana kita mahu memaknai perlembagaan ini? Kita tidak perlu meminta, kerana ia sudah ada. Jelas, nyata dan terang di dalam perlembagaan parti kita. Ketika ini yang diperlukan adalah sedikit asakan daripada tawaran Asak untuk diterjemahkan dalam semua peringkat parti khususnya dalam aspek representasi wanita.
"Saya berhasrat memperkenalkan korum wanita yang mesti menterjemahkan maksud 30% tersebut di semua peringkat kepimpinan parti dan pembuat keputusan parti di peringkat cabang, MPN dan Pusat.
"Mewajibkan ketua wanita negeri diangkat daripada konsensus oleh ketua wanita cabang. Ini sangat penting ketika kita mahu merangkul semua kekuatan yang ada tanpa meminggirkan sesiapa pun.
"Dan memperkukuh mesyuarat majlis pimpinan wanita pusat yang akan dilaksanakan secara bergilir di setiap negeri berserta program atau karnival rakyat bagi tujuan penyelarasan penerangan dan komunikasi serta kejelekitan anggota," katanya lagi.
Comments