top of page

Calon Ketua Kampung Baru perlu sokong pertubuhan menteri persekutuan?




KEADILAN Johor menolak percubaan untuk menekan calon-calon Ketua Kampung Baru menyokong pertubuhan politik seorang Menteri Kerajaan Persekutuan.


Pengerusi KEADILAN Negeri Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan menggesa siasatan dilakukan berhubung laporan yang mendakwa calon Ketua Kampung Baru dari kalangan NGO diminta menandatangani surat sokongan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali dan bersetuju menjadi ahli berdaftar wadah politik beliau yang bakal ditubuhkan.


Dakwanya, menurut maklumat yang diberikan ADUN Tangkak, Ee Chin Li, calon Ketua Kampung Baru berkenaan diminta membaca syarat-syarat perlantikan, mengisi borang maklumat peribadi dan menandatangani sepucuk surat menzahirkan sokongan kepada Azmin.


"Sekiranya dakwaan ini benar maka banyak persoalan yang timbul dan perlu dijawab malah disiasat.


"Pertama, lantikan ketua masyarakat merupakan lantikan politik, namun mengapakah syaratnya sokongan perlu diberi kepada seorang individu daripada Kementerian Persekutuan yang tiada kena mengena dengan bidang ketua masyarakat?


"Kedua, mengapakah syaratnya bersetuju menjadi ahli berdaftar kepada sebuah wadah politik yang tidak diketahui?


"Ketiga, mengapakah calon daripada kalangan NGO diminta menyertai parti politik bahkan menandatangani surat sokongan kepada ahli politik sedangkan mereka mewakili NGO untuk berkhidmat?" tanya Syed Ibrahim.


Manakala soalan yang paling penting, katanya, mengapakah sokongan berkenaan diletakkan sebagai syarat untuk melantik ketua masyarakat? Bukankah ia boleh dianggap sebagai satu bentuk penyalahgunaan kuasa dan tawaran habuan jawatan.


Menurut Syed Ibrahim lagi, penggunaan jawatan kerajaan sama ada sebagai Menteri atau Exco untuk “membeli” sokongan tidak mustahil boleh sabit kesalahan di bawah Seksyen 23 (1), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, Akta 694 iaitu “Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan”.


"Mungkin ada yang akan mengatakan calon-calon ketua masyarakat tidak dipaksa memenuhi syarat-syarat tersebut. Mereka boleh tidak menandatangai surat sokongan kepada ahli politik dan wadah politik yang bakal ditubuhkan. Tetapi isunya mengapakah syarat tersebut wujud? Dan ada kemungkinan kegagalan memenuhi syarat itu bermakna calon tidak akan terpilih.


"KEADILAN Johor mendesak pihak yang terlibat untuk hentikan segera perbuatan yang tidak bermaruah ini. KEADILAN mahu pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap pihak yang terlibat, khususnya pemegang jawatan awam atas cubaan membeli sokongan dengan menawarkan habuan jawatan ketua masyarakat di Johor.


"KEADILAN Johor juga menyarankan pihak yang ditawarkan agar menolak tawaran bersyarat sedemikian, malah perlu membuat laporan SPRM. Amalan salahguna kuasa dan rasuah merupakan virus yang boleh merosakkan diri dan negara serta tidak boleh dibenarkan berleluasa," katanya lagi.


Syed Ibrahim juga menjelaskan, sebelum ini ADUN Tangkak Ee Chin Li mendedahkan kepada beliau mendakwa surat menyokong pertubuhan politik perlu melalui Dr Chong Fat Full, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor yang juga ADUN Pemanis. Dr Chong juga merupakan satu-satunya ADUN yang telah keluar KEADILAN dan menjadi ADUN Bebas serta dianggap penyokong Azmin.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page