top of page

Calon KEADILAN T'ganu, Kelantan terima watikah, terdapat muka baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 29, 2023
  • 1 min read


Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan watikah kepada 11 calon yang akan mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu dan Kelantan pada 12 Ogos ini.


Penyerahan watikah itu diadakan di Bilik Menunggu VVIP di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, malam tadi.


Bagi Terengganu, Anwar menyerahkan watikah itu kepada Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam dan Osman Umar (Sura).

Berlaku pertukaran calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir apabila watikah pencalonan diberi kepada calon baharu, Eka Lisut.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut menyerahkan watikah kepada Azan Ismail iaitu calon mewakili Kerajaan Perpaudan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.


Bagi Kelantan, Anwar menyerahkan watikah kepada Zamakh Sari Ibrahim yang bakal berentap di DUN Pasir Pekan, Syed Mohd Alidustur Syed Md Zain (Panchor), Ezzat Hanuzi (Chetok), Aina Sayuty (Pasir Tumboh), Kamaruddin Mat Zin (Limbongan) dan Mohd Shukri Ishak (Mengkebang).


Manakala Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan Zinda Khalil Sastro Hassan (Tanjong Mas) dinamakan pada saat akhir kerana tidak diumum sewaktu pengumuman calon minggu lalu


Dalam pertemuan itu, Anwar turut berpesan kepada semua calon agar berkempen secara harmoni dan sihat selain bergerak seiring dengan jentera parti bagi memastikan penerangan yang berkesan dapat disampaikan kepada rakyat.


Beliau juga menitipkan doa agar semua calon di bawah gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) mampu melakar kejayaan di kedua-dua negeri dalam PRN kali ini.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page