top of page

Calon KEADILAN Sarawak siap sedia proses penamaan calon

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Dec 6, 2021
1 min read


Calon calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bersiap sedia untuk proses penamaan calon sejak semalam.


Beberapa calon dilihat bergambar menerima watikah masing-masing dan ada yang bergambar ketika menyemak butir butir pencalonan buat kali terakhir.


Misalnya Cikgu Piee Ling (gambar, atas) calon DUN Sadong Jaya yang menyemak borang pencalonan di Pejabat Daerah.


"Petang ini menyelesaikan urusan semakan borang pencalonan bersama Pengurus Pilihan Raya di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya," katanya.

Abang Kassim menerima watikah pencalonan dari JPRP

Begitu juga calon bagi DUN Lingga, Abang Abdul Kasim Abang Bujang melakukan semakan dokumentasi semalam


"Urusan dokumentasi dan semakan terakhir sebelum menjelangnya 6hb Dec.. Alhamdulillah. Beres pak. Lawan tetap lawan," katanya.


KEADILAN Sarawak berharap proses penamaan calon pada lukul 8.00 hingga 10.00 hari ini berjalan lancar tanpa sebarang hal tidak diingini.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page