top of page

Calon KEADILAN kecewa BN langgar SOP berarak di penamaan calon



Calon KEADILAN N04 DUN Lendu, Mohamad Asri Ibrahim kecewa dengan perarakan penyokong mengiringi calon BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali ke dewan penamaan pagi tadi.


Dalam sidang medianya usai proses penamaan calon, Mohamad Asri berkata, Prosedur Operasi Piawai (SOP) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jelas mengatakan tidak ada perarakan calon dan pihak Pakatan Harapan (PH) telah mematuhi garus panduan itu.


"Kita hadir pukul 8:35 pagi tanpa diiringi mana-mana rombongan. Kami patuh kepada SOP ditetapkan SPR dan MKN.


"Namun kita rasa kecewa kerana insiden perarakan (oleh BN). Saya difahamkan pengerusi SPR telah menyebut tidak boleh mana-mana pihak berhimpun untuk menghantar calon, menyokong dan sebagainya.


"Perkara ini tidak berlaku (SOP dilanggar) kepada penyokong BN. Ini pelanggaran undang-undang dan ini merupakan satu situasi double standard yang tidak patut diamalkan.


"Mereka yang hadir dalam PRN ini perlu adil dan bermain di padang sama rata. Jangan SOP hanya ditekan kepada pihak tertentu dan pihak satu lagi bebas melanggar," katanya.


Menurut Asri lagi, pihak SPR perlu melakukan sesuatu atau bertindak sekiranya telah berlaku pelanggaran SOP.


Manakala para pengundi pula, katanya, boleh menilai sendiri calon yang dinamakan BN sebagai bakal Ketua Menteri Melaka tetapi gagal mengawal anak buahnya untuk perkara kecil, mengikuti SOP penamaan calon.


"Sekiranya perlu diambil tindakan maka pihak pihak itu perlu dikenakan denda dan sebagainya. Kita mahu PRN ini berjalan dengan bersih, aman dan tidak mahu ada double standard.


"Kita juga letak kebijaksanaan kepada rakyat untuk menilai, mana pihak mengikut SOP dan mana pihak yang melanggar dan hanya retorik," katanya.


Mengenai kempen dan persiapan menjelang hari pengundian pula, Asri yang juga Ketua Penerangan Cabang Masjid Tanah gembira kerana beliau dibantu oleh petugas parti dari Cabang Masjid Tanah dan rakan-rakan dari negeri berhampiran.


"Persiapan jentera, kita ada bantuan yang agak banyak. Kita bersiap sedia dari awal dan secara sistematiknya telah turun untuk kerja-kerja PRN, terutama anggota KEADILAN Masjid Tanah, negeri Melaka dan ada kawan-kawan yang turun dari Johor, Negeri Sembilan. Teman-teman dari DAP dan Amanah pun menyumbang pada kali ini


"Kali ini, PRN cukup istimewa selepas Sabah yang mengadakan PRN sendiri. Analoginya mudah dalam jata negeri ada kancil. Kancil ini kecil tetapi bijak. Dia mampu mengalahkan anjing Parameswara yang akhirnya Parameswara anggap ini (Melaka) tempat yang istimewa.


"Saya harap rakyat negeri Melaka bertindak seperti kancil. Kawan-kawan, orang muda, nama saya Asri Ibrahim, pilihlah no 2 (di kertas undi)," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page