top of page

Calon KEADILAN DUN Larkin positif Covid 19



Calon KEADILAN DUN Larkin, Dr Zamil Najwah disahkan positif Covid 19 dan terpaksa menjalani kuarantin.


Beliau dalam satu hantaran di Facebook meminta maaf kerana terpaksa membatalkan semua program yang diatur bersama masyarakat di DUN Larkin.


"Dengan berat hati saya telah disahkan positif Covid-19 setelah menjalani Ujian Rapid Antigen (RTK).


"Memang menjadi amalan saya untuk lakukan ujian kendiri harian sebelum memulakan program demi keselamatan semua.


"Saya memohon maaf kerana terpaksa membatalkan segala perancangan program yang telah diaturkan," katanya.


Beliau meminta individu yang bertemunya dalam beberapa hari lalu turut menjalankan ujian pengesanan Covid 19.


"Memandangkan saya telah disahkan positif Covid-19 maka saya akan menjalankan kuarantin kendiri mengikut protokol kesihatan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


"Sama sama lah kita berdoa agar kesemua mereka yang sedang mengalami Covid-19 diberikan kesembuhan segera serta kekuatan buat petugas barisan hadapan KKM yang terus menanggung bebanan dalam menguruskan wabak ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page