top of page

Calon KEADILAN DUN Ampangan yakin kekalkan kemenangan PH



Oleh: Abdullah Zaid


Biarpun berdepan cabaran tiga penjuru namun calon Pakatan Harapan (PH) Tengku Zamrah Tengku Sulaiman optimis beliau akan mempertahankan DUN Ampangan dengan bantuan kerja keras jentera parti.


Tengku Zamrah berharap agar dirinya diangkat oleh pengundi DUN Ampangan untuk menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan, terutamanya pengundi wanita.


"Berdasarkan prestasi yang ditonjolkan oleh Kerajaan Perpaduan, saya yakin pengundi Ampangan boleh menilai kerajaan mana yang berfungsi.


"Oleh itu, besar harapan saya kepada warga Ampangan terutamanya pengundi wanita kerana merekalah majoriti (pengundi) di sini," katanya kepada Suara Keadilan.


Untuk rekod, DUN Ampangan mempunyai 20,891 jumlah pengundi iaitu 12,535 pengundi wanita dan baki 8,356 pengundi adalah lelaki.


Hal itu sekaligus memberi kelebihan besar buat Tengku Zamrah dalam meraih undi wanita kerana beliau merupakan satu-satunya calon tunggal wanita di DUN tersebut.


Selain itu, ketika ditanya mengenai cara untuk mendekati pengundi, calon nombor satu itu berkata bahawa beliau lebih gemar dengan kempen ziarah rumah ke rumah dan membuat ceramah kelompok.


"Sejujurnya ketika berkempen saya lebih suka membuat ziarah dari rumah ke rumah dan ceramah kelompok.


"Ia lebih dekat buat saya untuk mengenali pengundi di sekitar Ampangan kerana rata-rata pengundi DUN ini terdiri daripada mereka yang telah berusia," katanya lagi.


Terdahulu, Tengku Zamrah diangkat menjadi calon Pakatan Harapan (PH) bagi berdepan dengan dua lagi pencabarnya iaitu calon Perikatan Nasional (PN) Muhammad Ghazali Zainal Abidin dan bekas penyandang DUN Ampangan Mohammad Rafie Abd Malek (Bebas).


Berbekalkan pengalaman 24 tahun dalam parti KEADILAN, ibu kepada lima orang anak itu yakin mampu mengekalkan kemenangan di DUN tersebut.


Sebelum ini, DUN Ampangan pernah diketuai oleh dua wakil rakyat wanita daripada UMNO, antaranya Khatimah Ibrahim yang menjawat selama empat tahun.


Manakala, Dermataksiah Abdul Jalil pula memegang jawatan tersebut selama dua penggal ketika Tan Sri Isa Samad menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page