top of page

Calon GPS menang majoriti besar PRK DUN Jepak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 4, 2023
  • 1 min read


Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak yang diadakan hari ini menyaksikan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dari Kerajaan Perpaduan menang besar menewaskan lawannya.


Calon GPS, Iskandar Turkee menewaskan dua pencabar yang lain dengan majoriti lebih 8,000 undi.


Iskandar memperoleh 9,638 undi sementara Stevenson Joseph Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang mendapat 854 undi dan Chieng Lea Phing dari Parti Aspirasi pula sebanyak 431 undi.


Manakala jumlah keluar mengundi sehingga pusat mengundi ditutup adalah sebanyak 48.7 peratus.


PRK Jepak diadakan selepas kematian ADUN enam penggal Talib Zulpilip, yang merupakan Menteri Integriti dan Ombudsman Sarawak pada 15 September lalu.


Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021 lalu Talib telah memperoleh 6,277 undi untuk mendapat majoriti 4,243 undi berbanding pesaingnya Raba’ah Tudin dari Parti Sarawak Bersatu, Stevenson, dan calon Bebas Tuah Kazan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page