Calon DUN Simpang Jeram, Ir Nazri Abd Rahman (berbaju biru) teruja dengan sokongan masyarakat di pekan Bentayan dalam siri jelajah kempennya semalam.
Beliau berharap pengundi akan memberi sokongan yang besar kepada Pakatan Harapan (PH) pada 9 September ini.
"Kami berkempen di Simpang Jeram dengan kepimpinan DAP kawasan. Saya lihat sambutan penduduk khususnya DUN Simpang Jeram menggalakkan
"Saya percaya dengan sokongan semua, kita InshaAllah akan berjaya dalam PRK kali ini. Mudah mudahan dengan gerak kerja kita, mereka lihat kita bersungguh sungguh untuk membantu rakyat
"Saya harap pengundi di Simpang Jeram menyokong PH," katanya.
Dalam penamaan calon pada Sabtu lalu, Ir Nazri merupakan calon nombor 2 pada kertas undi.
Pilihan Raya Kecil DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Comments