top of page

Calon DUN Rengit mahu jalan utama dinaiktaraf

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 1, 2022
  • 1 min read


Calon KEADILAN DUN Rengit, Khairuddin A Rahim mahu Kerajaan Persekutuan menaiktaraf jalan Batu Pahat - Rengit - Pontian yang rosak dan mendap bagi mengelakkan berlaku kemalangan di laluan tersebut.


Katanya, keadaan jalan tersebut sangat merbahaya kepada pengguna jalan raya khususnya penunggang motorsikal.


"Sebagai Calun DUN Rengit, saya menyeru sekali lagi agar kerajaan pusat menaik taraf jalan ini.


"Walaupun acap kali saya membawa isu ini di sidang Dewan Undangan Negeri namun jawapan balas menyatakan ia sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke 12. Tempohnya agak lama


"Oleh itu saya sebagai Calun KEADILAN Rengit berharap projek menaiktaraf jalan FT 005 ini disegerakan pada tahun ini agar nyawa pengguna jalan raya dapat diselamatkan," katanya yang juga seorang jurutera.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page