Calon DUN Rembia janji cari semua warga susah, beri bantuan
- Redzuan Shamsudin
- Nov 19, 2021
- 1 min read

Calon Pakatan Harapan DUN Rembia, Zamri Pakiri yang mempunyai tugas berat merampas semula kerusi DUN tersebut untuk dikembalikan kepada KEADILAN berjanji akan menemui semua warga susah dan memerlukan di DUN berkenaan bagi diberi bantuan selayaknya.
"Fokus saya ialah penerima bantuan yang layak tetapi tercicir mendapat bantuan seperti dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat dan lain-lain
"Mereka berhak mendapat bantuan setiap bulan. Itu lah fokus kita, ramai yang terjejas dalam PKP. Saya akan menjejaki sekiranya pengundi memberi mandat kepada saya," katanya.
Menurut Zamri, seorang lulusan Teknologi Maklumat, beliau yang punya pengalaman selama 20 tahun menyediakan latihan komputer kepada warga Alor Gajah, akan mencuba sedaya upaya meningkatkan taraf hidup masyarakat di DUN tersebut.
Belaiu juga akan membangunkan belia di DUN Rembia berdasarkan pengalamannya dalam persatuan dan NGO sejak lebih sedekad lalu.
Zamri pernah dilantik sebagai Exco Majlis Gabungan Belia Melaka dan mempunyai pengalaman politik sebagai penyelaras DUN Rembia sejak 2018.
Kommentarer