Calon DUN Paya Rumput mengundi di Bemban, rayu pengundi tunai tanggungjawab
- Redzuan Shamsudin
- Nov 20, 2021
- 1 min read

Calon DUN Pakatan Harapan Paya Rumput Datul Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membuang undi di pusat pengundian sekolah rendah agama JAIM, di Bemban.
Beliau yang kelihatan tiba sekitar pukul 4.30 petang ke pusat pengundian yang tidak begitu banyak pengundi sebagaimana pada sebelah pagi.
"SOP saya nampak di sini baik, dipermudahkan pengundi hadir. Namun peratus keluar mengundi tidak seperti PRU 14.
"Kita tidak tahu apa kebimbangan pengundi, pusat pengundian telah dibuka banyak (bagi mengelak kesesakan)," katanya.
Beliau juga mengambil kesempatan menyeru rakyat keluar mengundi sementara masih ada waktu.
"Saya harap lebih ramai keluar mengundi. Peratusan rendah, cuaca elok saya guna kesempatan untuk keluar mengundi," katanya lagi.
Mengenai insiden yang berlaku di DUN Ayer Molek melibatkan Ketua Tempat Mengundi (KTM) mengarahkan polling agent (PA) PH meninggalkan pusat mengundi selepas 2 jam, kata Shamsul insiden itu tidak berlaku di DUN Paya Rumput.
"Saya telah berhubung sendiri dengan RO, sebab tidak ada peruntukan mengatakan agen kena duduk dalam 2 jam kemudian keluar. Cuma mungkin inisiatif dia (KTM) berlaku penggiliran.
"Saya sebagai calon telah hubungi RO. Misalnya ada tadi di sekolah kebangsaan Cheng, di Tanjung Minyak 2, saya harap KTM jelas dalam hal ini. Setiap parti mesti ada wakil dan wakil itu boleh sahaja dari pagi sampai petang," katanya lagi.
Comentarios