Calon DUN Machap Jaya janji selesai isu tanah pajakan 99 tahun



Pengundi DUN Machap Jaya perlu mengembalikan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 November ini.


Calon DUN Machap Jaya, Law Bing Haw (gambar, kiri) berkata, pemberian mandat semula kapda kerajaan PH amat penting terutama untuk meneruskan usaha terdahulu termasuk menyelesaikan isu pajakan tanah 99 tahun penduduk di beberapa kampung dalam DUN itu.


Katanya, isu berkenaan hampir selesai pada era pemerintahan PH namun tergendala selepas Kerajaan Negeri tumbang pada Mac 2020.


"Sebagai contoh Kampung Machap Baru dengan isu-isu yang ditimbulkan seperti isu pajakan tanah 99 tahun yang tergendala disebabkan kerajaan PH dijatuhkan


"Kerja-kerja untuk menyelesaikan isu geran tanah ini sedang dibuat, malangnya tidak dapat disempurnakan sebab kerajaan kita jatuh. Saya minta pengundi beri satu lagi peluang kepada kita dan beri mandat semula untuk teruskan kerja-kerja yang belum sempurna," katanya.


Selain itu menurut Law lagi, pelbagai dasar yang menguntungkan rakyat Melaka juga akan diteruskan oleh kerajaan PH sekiranya menang pada PRN ini.


Beliau juga mengingatkan pengundi untuk berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan. Terutama pihak manakah yang menyebabkan berlakunya pilihan raya sehingga rakyat diperjudikan di tengah-tengah pandemikCovid 19 untuk memilih kerajaan baharu.


"Kita tahu BN dan PN gagal menjaga kestabilan politik. Sebaliknya mereka yang menjadi punca ketidakstabilan politik sebab kerakusan kuasa dan bercakaran sesama sendiri.


"Hingga Melaka terpaksa mengadakan PRN dalam keadaan pandemik. Jelas mereka tidak menghiraukan nyawa rakyat serta mempertaruhkan nyawa rakyat semata mata untuk memegang kuasa semula," ujarnya.


Dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye (gambar, kanan) juga menyeru agar PH dikembalikan mandat untuk menjamin kemajuan berterusan di Melaka.


Beliau berkata, terdapat 5 DUN yang mempunyai harapan cerah untuk dimenangi oleh calon KEADILAN dan sekiranya 5 DUN itu berjaya diraih maka peluang menubuhkan semula kerajaan akan lebih luas.


"48 jam terakhir kita perlu pecut supaya peluang keemasan tidak terlepas. Ramai kata kita 50:50 di banyak kawasan dan antara DUN yang akan memegang tanggungjawab sebagai pimpinan (yang utama) ialah Machap Jaya, Kelebang, Bemban, Asahan dan Rim.


"Saya menyeru seluruh pengundi Melaka keluar mengundi pada Sabtu kerana ini peluang terbaik mengembalikan mandat rakyat kepada PH untuk membentuk kerajaan yang stabil. Kita tahu walaupun PM kata keluarga Malaysia tetapi kita lihat beliau gagal menyatupadukan gabungan mereka," katanya.


Bagi rakyat yang khuatir akan berlaku jangkitan Covid 19 pula, Dr Lee memberi jaminan proses pembuangan undi tidak akan menyebabkan kluster baharu di Melaka.


Beliau yang pernah merawat pesakit Covid berkata, virus itu tidak akan berjangkit sekiranya Prosedur Operasi Piawai yang ketat diikuti.


"Untuk Sabtu ini ada yang bimbang adakah selamat keluar mengundi?


"Saya tegaskan, saya sebagai seorang doktor pakar jantung, saya juga merawat pesakit Covid dan saya mengambil langkah-langkah SOP. Jika ikut SOP yang ketat, bila kita keluar mengundi pakai pelitup muka, ikuti jarak fizikal, kita boleh elak Covid.


"Pengundian adalah selamat, jangan kita takut dan lepaskan peluang ini. Cuma kita jaga diri, pakai pelitup muka, jarak fizikal serta guna sanitasi," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER