Calon DUN Machap Jaya ikrar teruskan perjuangan



Calon DUN Machap Jaya, Law Bing Haw berikrar akan meneruskan perjuangan membawa perubahan dalam politik Melaka.


Di samping itu beliau juga mengucapkan penghargaan kepada jentera dari seluruh negara yang datang membantu sepanjang 2 minggu berkempen.


"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga DUN Machap Jaya khususnya kepada semua pengundi saya.


"Terima kasih kepada seluruh jentera parti yang bertungkus lumus tanpa kenal erti penat lelah bagi memastikan segala aspek berjalan lancar sepanjang tempoh berkempen.


"Terima kasih kepada Pakatan Harapan khususnya KEADILAN kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya menjadi calon dalam Pilihan Raya Negeri Melaka kali ini.


"Saya anggap ini satu penghormatan besar parti kepada saya dan pengalaman berharga ini akan saya jadikan pemangkin semangat untuk terus berjuang di dalam wadah yang disayangi ini," katanya.


Dalam pada itu beliau berharap agar pendirian dan pemahaman politik rakyat Melaka akan lebih baik pada masa hadapan dan mengangkat Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Negeri.


"Semoga satu hari nanti kemenangan akan berpihak kepada kita agar obor reformasi terus menyala dan menyinari negara Malaysia khususnya negeri Melaka," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER