Calon DUN Larkin bantu pelajar IKM dikuarantin



Calon DUN Larkin, Dr Zamil Najwah Arbain kelmarin membantu para pelajar di Institut Kemahiran Malaysia, Johor Bahru yang sedang dikuarantin dengan menyumbang air mineral kepada mereka.


"Sebentar tadi saya singgah di IKM Johor Bahru bagi mengedarkan sumbangan air mineral kepada lebih kurang 700 pelajar yang sedang menjalani kuarantin wajib disebabkan kes positif Covid-19 melibatkan lebih 200 orang pelajar.


"Saya doakan agar adik-adik pelajar IKM segera sembuh dan dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik," katanya.


Beliau berharap agar semua pihak dapat mengamalkan SOP dalam kehidupan seharian bagi mengekang penularan wabak Covid-19, terutamanya varian Omicron yang sangat mudah berjangkit.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER