Calon DUN Klebang pesan usaha lebih gigih hadapi PRU 15
- Redzuan Shamsudin

- Nov 21, 2021
- 1 min read

Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak boleh dijadikan titik lemah perjuangan.
Menurut calon DUN Klebang, Datuk Gue Teck, cabaran yang lebih besar menanti pejuang Reformasi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang kemungkinan besar diadakan pada tahun hadapan.
"Saya anggap keputusan PRN telah muktamad tetapi tidak bermakna perjuangan kita tamat di sini.
"Saya harap kita semua jangan berputus asa. Ini adalah titik permulaan. Kalau kita dah kalah, kita kena berusaha lagi dengan lebih gigih hadapi PRU ke 15 yang akan diadakan pada bila-bila masa," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan penghargaan kepada jentera parti dan juga PH yang membantu sedaya upaya dalam PRN tempoh hari.
"Di sini saya ucap terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak. Khususnya jentera tempatan atau luar negeri Melaka yang telah berusaha bersungguh sungguh memenangi PRN ini.
"Kita harap akan pergi lebih jauh pada PRU ke 15 ini. Reformasi!" katanya.









Comments