Pembelaan ke atas wanita dan kanak kanak merupakan tawaran calon KEADILAN DUN Kempas, Napsiah Khamis @ Maharan dalam Pilihan Raya Negeri Johor, 12 Mac ini.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN Johor itu, lima teras dalam manifesto Kempas Sejahtera tersebut akan direalisasikan sekiranya KEADILAN diberi mandat.
"Untuk Kempas Sejahtera kami ada lima teras. Iaitu wanita, kanak kanak, anak muda, ekonomi dan perumahan yang kita akan angkat isu ini andai KEADILAN diberi mandat pada 12 Mac
"Saya juga berhasrat menubuhkan satu pusat transit wanita yang didera kanak kanak dan ditindas. Sekurang kurangnya kita ada satu pusat transit untuk mereka berlindung sementara menunggu kes mereka selesai," katanya.
Selain itu, Napsiah yang juga perunding kewangan menawarkan akan menyelesaikan isu pendidikan awal kanak kanak di DUN Kempas.
"Isu pendidikan awal kanak kanak akan diutamakan. Di mana kami banyak menerima kes kanak kanak berumur 5 - 6 tahun yang tidak mempunyai tempat di tadika kerajaan kerana kuota yang sedikit. Isu ini kita akan angkat jika diberi mandat," katanya.
Aktivis wanita berkenaan juga merupakan pengasas NGO Bidadari Malaysia yang menumpukan kempen hormat wanita dan kemiskinan haid.
"Kami satu satunya yang lantang bersuara kempen kemiskinan haid di kalangan wanita Malysia. Kami juga fokus membantu wanita gelandangan," katanya lagi.
Commentaires