top of page

Calon KEADILAN DUN Bukit Saban diserang di luar pusat mengundi



Calon KEADILAN DUN Bukit Saban, Mikail Mathew Abdullah mendakwa diserang oleh seorang individu yang tidak dikenali di luar pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Spaoh.


Beliau mendakwa, penyerang berkenaan tanpa apa apa alasan mengeluarkan kata kata kesat dan bertindak agreasif. Walaupun cuba ditenangkan oleh orang awam penyerang itu tidak mahu mengalah atau meninggalkan tempat tersebut.

Mikail Mathew Abdullah

"Lebih kurang pukul 11.00 pagi, di luar pusat mengundi SMK Spaoh semasa saya ingin meninjau kawasan sekitar, kawasan luar garisan polis dan ketika itu saya masih berada di dalam kereta kemudian datang seorang individu meluru ke kereta saya.


"Saya pun keluar daripada kereta dengan keadaan enjin kereta yang masih hidup.


"Ketika saya cuba mendapatkan kepastian ke atas individu yang meluru ke kereta saya itu yang dikenali sengan nama Polo. Individu yang bernama Polo tadi terus mengarahkan saya mengalihkan kereta dengan tidak beradab dan mengeluarkan kata kata kesat .


"Saya cuba menjelaskan keadaan kepada beliau namun beliau terus bertindak agreasif dan memaki hamum saya," katanya sebagaimana dipetik dalam laporan polis.


Kata Mikail, beberapa orang awam yang cuba menenangkan keadaan kemudian turut dimaki hamun oleh individu berkenaan sehinga berlaku tolak menolak dan tumbuk menumbuk.


"Melihat keadaan semakin tidak terkawal saya meninggalkan tempat kejadian dengan bantuan orang awam dan terus datang ke balai membuat laporan," katanya lagi.


Mikail meminta pihak polis menyiasat kejadian berkenaan dan mahu hal itu tidak berulang sepanjang tempoh mengundi hari ini.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page