Calon DUN Bukit Saban, Mikhail Matthew berjanji akan membangunkan Pekan Spaoh sebagai hab pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Menurutnya sekiranya IKS dipacu maka pada masa akan datang kawasan itu boleh mengorak langkah ke arah meralisasikan industri berat.
"Bukit Saban harus dimajukan sebagai hub perindustrian, bermula dengan Pekan Spaoh. Ini akan menjadi pemacu dan pemangkin kepada pertumbuhan industri berat setiap daerah dan zon di N37 Bukit Saban dan menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan," katanya.
Beliau juga berjanji untuk memperbaiki masalah internet yang menyukarkan anak anak DUN Bukit Saban belajar dan warga tidak boleh melaksanakan perniagaan secara atas talian.
"Kesinambungan digital adalah antara strategi kritikal demi memastikan mobiliti sosial dan kemakmuran negeri dapat diraihkan oleh semua rakyat N37 Bukit Saban," katanya.
Selain itu, beliau juga berjanji akan memperjuangkan hak Tanah Adat (NCR) yang tidak selesai sepanjang 58 tahun GPS memerintah Sarawak.
Comments