top of page

Calon DUN Bukit Batu janji usahakan jalan raya lebih baik

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 20, 2022
  • 1 min read


Calon KEADILAN DUN Bukit Batu, Chiong Sen Sern menjanjikan kualiti jalan raya lebih baik bagi penduduk setempat.


Hal itu ditegaskan oleh beliau semasa majlis santai bersama pengundi di sebuah restoran di Bukit Batu, pagi tadi.


"Masalah utama kita ada di Bukit Batu adalah jalan raya yang tidak berturap dan jalan berlubang sana sini. Sekiranya saya dapat mandat dari rakyat maka saya akan usahakan yang terbaik untuk pengundi di Bukit Batu.


"Sejujurnya selepas pengumuman calon daripada Datuk Seri Anwar, saya berasa sangat bimbang sampai tidak dapat tidur sebab ada ancaman, ada yang ugut saya tidak layak menjadi calon kerana terlalu muda. Itu bukan alasan yang sesuai untuk ugut saya.


"Saya teringat apa objektif saya masuk dalam KEADILAN. Saya masuk KEADILAN kerana parti ini berjuang untuk adil dan saksama. Parti ini harapan untuk negara kita," katanya.


Dalam pada itu, beliau berkata, rintangan tidak akan mematahkan semangatnya untuk berkhidmat kepada pengundi.


Beliau berjanji akan mengekalkan penguasaan KEADILAN di Bukit Batu yang ditinggalkan oleh pendahulunya, Jimmy Puah.


"Saya berjanji akan mengekalkan Bukit Batu ini untuk parti kita.


"Saya juga janji akan akur dengan prinsip parti perjuangan KEADILAN," katanya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page