top of page

Calon DUN Bakar Arang memahami 'rentak' anak muda


Oleh: Abdullah Zaid


Naib Ketua Cabang KEADILAN Sungai Petani, Adam Loh menzahirkan keyakinan dengan kelebihan dimiliki dirinya iaitu sebagai calon muda di N.28 DUN Bakar Arang.


Beliau berkata berbanding dengan lawannya, kelebihan sebagai calon baharu itu akan dimanfaatkan melalui saluran media sosial antaranya Tiktok.


"Setakat ini kita menggunakan sosial media seperti Tiktok bagi mendekati pengundi muda.


"Kandungan yang dibuat itu juga mesti betul-betul mendekati dan mendengar hati mereka supaya suara anak muda didengari,” katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Dalam pada itu, Adam berpendapat pendekatan kepada pengundi muda berbeza pada setiap segmen golongan belia itu.


Katanya, ada golongan muda yang mempunyai kesedaran tinggi soal masa depan, melibatkan hal ekonomi dan kebajikan diri.


Manakala, golongan kedua lebih menikmati zaman ‘muda’ mereka dan calon perlu mempunyai pendekatan tersendiri bagi memikat hati pengundi belia berkenaan.


"Walau bagaimanapun, sebagai calon perlu untuk kita turun padang seperti bermain sukan dan e-sport.


"Ia bagi merapatkan lagi hubungan di antara kita dan pengundi muda supaya mereka faham hasrat yang kita bawa," jelasnya.


Selain itu, ketika ditanya mengenai kerjasama jentera Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) Adam memberi respons positif mengenai perkara tersebut.


"Tiada masalah yang besar setakat ini. Kita ada membuat kerjasama melibatkan ceramah di antara pihak kita dan juga BN.


"Selain itu, kita juga akan menganjurkan program futsal bersama di antara pemuda BN dan masyarakat tempatan," katanya.


Untuk rekod, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, DUN Bakar Arang dimenangi oleh bekas penyandang Simon Ooi daripada KEADILAN dengan majoriti 10,833 undi.


Perkara itu, dilihat memberi kelebihan buat Adam Loh untuk berdepan dengan dua pesaing daripada calon Gerakan, Raymond Tai Kuang Tee (PN) dan calon Parti Rakyat Malaysia, Tan Kee Chye.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page