top of page

Calon Bukit Selambau yakin sokongan rakyat, sedia terus berkhidmat


Oleh: Abdullah Zaid


Calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Summugam Rengasamy yakin penerimaan masyarakat dan pengundi akan memberi kesempatan untuk beliau terus berkhidmat selepas Pilihan Raya Negeri ini.


Katanya, hasil sepenggal menjadi ADUN di kawasan berkenaan, rata-rata pengundi di kerusi majoriti Melayu itu memberi reaksi positif sepanjang tempoh beliau berkempen.


"Saya telah menjadi ADUN hampir lima tahun jadi dari segi gerak kerja saya lihat masyarakat menerima baik pencalonan saya.


"Sebelum ini juga saya kerap mengadakan program bersama masyarakat Melayu terutama di sekitar masjid dan surau seperti membuat bubur Asyura dan edaran di bulan Ramadan.


"Saya sendiri juga turut bersama-sama berpuasa dan berbuka bersama mereka," katanya kepada Suara Keadilan.


Selain itu, beliau yang pernah menjawat tiga portfolio semasa menjadi Exco ketika kerajaan PH memerintah juga menerima dokongan kukuh daripada persatuan-persatuan besar terdiri daripada pelbagai kaum.


"Kami juga mendapat sokongan dan dokongan terdiri daripada NGO-NGO yang aktif seperti Gandhi Hall, Malaysia Hindu Sangam, persatuan Cina dan ahli-ahli kariah masjid di sekitar ini.


"Dari segi persatuan, baik Cina dan India serta Melayu juga banyak yang menunjukkan sokongan kepada PH-BN.


"Saya kira hasil usaha keras selama 62 bulan (5 tahun) menyantuni dan memberi khidmat kepada masyarakat inilah hasilnya," kata Summugam lagi.


Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Summugam menang selesa apabila berjaya menewaskan seterunya dari BN Datuk Jaspal Singh dan Dr Mohd Ali Sulaiman (Pas) dengan memperoleh majoriti 16,747 undian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page