top of page

Calon BN sedia ‘mengabdi’ diri untuk rakyat Kemaman



Oleh: Abdullah Zaid


Demi memastikan rakyat Kemaman terus dibela, calon Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bersedia memberi khidmat terbaiknya untuk rakyat di Parlimen itu.


Berpegang pada tekad ‘perjuangan, pengorbanan dan pengabdian’ calon BN itu bersedia untuk memberi sumbangan kepada Kerajaan Perpaduan sekiranya dipilih rakyat Kemaman pada 2 Desember ini.


"Saya berpegang pada satu iaitu perjuangan, pengorbanan, pengabdian dan ini yang saya akan bawa untuk Kerajaan Perpaduan.


"Selain itu, pengalaman 43 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), saya yakin ia memberi kelebihan kepada Kerajaan Perpaduan," katanya menerusi Ceramah Mega MADANI PRK Kemaman, malam tadi.


Jelasnya, dari sudut kualiti yang ada pada calon nombor satu itu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merangkap Pengerusi Perikatan Nasional sendiri memperakui kebolehannya untuk mengemudi Parlimen Kemaman.


"Seperti telah dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin, beliau telah bagi testimoni yang kata saya hebat, bagus dan baik.


"Itu testimoni daripada orang di sana (PN) bukan di sini (Kerajaan Perpaduan). Jadi kalau itu yang dikatakan apa lagi nak tunggu, undilah saya," seru Affandi.


Katanya, dalam misi merebut kerusi Pas itu biarpun sukar dengan kelebihan 27 ribu majoriti yang diperoleh dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Affandi yakin bahawa dirinya mampu membawa kemenangan buat blok Perpaduan.


"Kemaman tempat saya membesar dan bersekolah, bersahabat serta (diharapkan) tempat inilah saya dikuburkan nanti.


"Saya datang ke sini, (ramai yang kata) impossible, 27 ribu majoriti (PRU15) tetapi saya yakin kita mampu memadamkan majoriti tersebut dan BN menang," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page