Calon BN, PN DUN Klebang dijemput berdebat bersama Gue Teck



Calon BN bagi DUN Klebang, Datuk Lim Ban Hong dijemput berdebat bersama calon DUN Pakatan Harapan (PH) Datuk Gue Teck, Sabtu ini.


Menurut Penasihat Bilik Gerakan Utama PH, DUN Klebang, Lee Chean Chung, satu surat telah dihantar kepada Datuk Lim untuk memastikan perjalanan demokrasi kekal sihat dalam Pilihan Raya Negeri Melaka kali ini.


"Saya bagi pihak Datuk Gue Teck mencadangkan satu sesi perdebatan pada Sabtu ini, pada pukul 8.30 malam untuk diwujudkan satu platform (debat) antara mereka.


"Hal ini boleh memberi lebih kesedaran kepada masyarakat supaya lebih mengenali calon


"Terpulang kepada maklum balas BN. Jika mahu buat online, kita buat secara online. Jika fizikal, hanya untuk dua orang dan kru media saja. Kita tak galakkan perhimpunan," katanya selepas menghantar surat jemputan di pejabat BN Tangga Batu.


Sementara itu bagi calon PN pula, Chean Chung berkata beliau akan menghantar surat sama ke Pejabat Pas Tangga Batu yang dijadikan pejabat utama PN.


"Untuk slot hari Sabtu dan Ahad, juga untuk calon PN. Untuk PN sehingga hari ini kami masih belum dapat temui calon secara fizikal, surat akan dihantar kepada pejabat Pas Tangga Batu bagi pertimbagan mereka," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER