top of page

Calon BN perjuangkan naik taraf infrastruktur jalan Pelangai



Oleh: Abdullah Zaid


Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam bertekad memperjuangkan isu jalan sebagai keutamanya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.


Jelasnya, perancangan naik taraf jalan itu penting bagi memudahkan warga Pelangai, terutamanya anak muda untuk ke pekan Bentong atau ke Negeri Sembilan bagi urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman.


"Saya nampak DUN Pelangai kita terdiri daripada tiga bahagian berbeza, iaitu kawasan penempatan campuran yang terdiri daripada pelbagai kaum, kampung tradisi dan penempatan Felda.


"Oleh itu, perkara paling utama perlu dibuat ialah isu infrastruktur seperti pelebaran jalan bagi memudahkan urusan penduduk tempatan terutama anak muda untuk ke Bentong atau Negeri Sembilan," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Justeru, calon daripada Kerajaan Perpaduan itu berharap agar pengundi di DUN tersebut memberi sokongan kepadanya bagi meneruskan hasrat dalam menyambung legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun sebelum ini yang berkhidmat di kawasan tersebut dapat disempurnakan.


"Buat masa ini banyak perkara yang perlu dilaksana termasuk menyambung legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun dan saya rasa terpanggil untuk meneruskan legasi itu," ujarnya.


Dalam pada itu, Amizar yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong optimis sokongan golongan muda terutamanya anak Felda kembali kepada Barisan Nasional (BN) biarpun berdepan dengan cabaran Perikatan Nasional (PN) dalam mendekati golongan belia itu.


"Sebenarnya persepsi anak muda itu biasa. Kami (BN) ada tempat di kalangan anak muda, dan anak Felda juga kembali menyokong BN," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page