top of page

Caj kutipan sampah Majlis Perbandaran Kemaman, KEADILAN mahu penjelasan



Pengenaan caj kutipan sampah oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) sebagaimana surat yang dikeluarkan oleh majlis perbandaran itu dan tular di media sosial baru baru ini menimbulkan beberapa persoalan.


Menurut Ketua Penerangan dan Komunikasi KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, Exco Perumahan, Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Wan Sukairi Wan Abdullah perlu memberi penjelasan lanjut berhubung pengenaan caj tersebut.


Katanya, surat bertarikh 6 Jun 2023 itu menyatakan bahawa bermula pada 1 Jan 2024 pihak MPK akan mula mengutip caj kutipan sampah daripada penduduk daerah Kemaman dan hal itu telah menimbulkan keresahan.


"Persoalan di sini kenapa Kerajaan Negeri melalui MPK bertindak mengenakan caj kutipan sampah sedangkan sebelum ini penduduk di daerah Kemaman tidak pernah dikenakan caj ini.


"Kedua, kerajaan Pas sebelum ini sentiasa mencanangkan bahawa mereka merupakan kerajaan yang cakna pada rakyat. Di dalam suasana sekarang adakah pengenaan caj ini bersifat cakna rakyat?


"Justeru itu pihak KEADILAN Kemaman meminta YB Wan Sukairi beserta pihak MPK memberikan penjelasan yang tuntas berkenaan isu ini dengan segera," katanya dalam satu kenyataan.


Ahmad Nadhir berkata, tidak seharusnya dalam suasana penyokong dan pengundi Pas di Kemaman masih sibuk berkenduri merayakan kemenangan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu, tiba tiba mereka perlu pula menghadapi isu caj berkenaan.


"Pas harus ingat walaupun mereka menguasai kesemua 32 kerusi DUN Terengganu, itu bukan satu tiket untuk membuat keputusan sewenang-wenangnya yang tidak mengambil kira kepentingan rakyat.


"Pihak KEADILAN Kemaman beserta parti komponen di dalam Pakatan Harapan dan juga UMNO-BN akan terus bertindak untuk menyemak imbang kerajaan Pas Terengganu agar penduduk Terengganu mendapat pembelaan dan keadilan daripada Kerajaan Negeri," kata Ahmad Nadhir lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page