top of page

Cadangan waktu kerja fleksible sektor perladangan dikaji



Cadangan untuk memperkenalkan waktu kerja fleksibel bagi pekerjaan di sektor perladangan bagi menarik minat generasi muda bekerja sedang dikaji.


Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud (PH-Sepanggar) di Dewan Rakyat pada Rabu berkata, cadangan itu hadir kerana negara terlalu bergantung kepada buruh asing dalam sektor pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar)


"Ada beberapa cadangan cuba dibuat. Pertamanya untuk membangunkan satu silibus supaya kerja-kerja di ladang ini boleh dipersijilkan seperti SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) 1 dan SKM 2.


"Ada juga cadangan supaya ada waktu fleksibel atau minggu fleksibel kepada generasi muda ini. Kalau mereka bekerja di ladang sepanjang masa, mungkin agak membosankan," katanya.


Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) berhubung langkah kerajaan menarik minat pekerja tempatan bagi mengisi pekerjaan dalam sektor tersebut.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata cadangan itu merupakan antara yang dilontarkan dan sedang dikaji secara praktikal oleh kementeriannya dan kementerian lain.


"Supaya kita dapat mengajak anak muda ini dapat bekerja di ladang dan memastikan bahawa kita tidak bergantung kepada pekerja buruh asing," tambahnya.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page