top of page

Cadangan turun harga cukai jalan perlu kajian menyeluruh



Kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa keputusan dibuat terhadap cadangan menurunkan kadar cukai jalan.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kutipan cukai jalan menyumbang kira-kira RM3 bilion kepada hasil kerajaan dan langkah penurunan cukai itu akan memberi implikasi kepada kutipan hasil negara.


"Kita akan pertimbangkan bagaimana struktur penetapan harga cukai jalan itu dilakukan dan ditetapkan, perlu satu kajian yang menyeluruh untuk melihatnya," kata beliau ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pengangkutan (MOT) di Dewan Rakyat pada Rabu.


Ahli Parlimen Seremban itu menjawab celahan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) berhubung kemungkinan kerajaan menurunkan kadar cukai jalan ketika negara kini berada di fasa pemulihan ekonomi dan rakyat menghadapi kos sara hidup yang tinggi.


Sementara itu beliau turut memberitahu, kerajaan sedang mengkaji untuk memanjangkan tempoh maksimum pembaharuan lesen memandu sehingga sepuluh tahun berbanding lima tahun sekarang.


Untuk tujuan itu Loke berkata pegawai-pegawai di kemeteriannya telah diminta mengemukakan kertas cadangan berkaitan perkara itu.


Melalui cadangan itu jelasnya, potongan harga juga mungkin boleh diberikan bagi menggalakkan orang ramai memperbaharui lesen memandu untuk tempoh yang lebih panjang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page