top of page

Cadangan tambah kuota minya paket perlu diperhalusi beberapa kementerian

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 2, 2023
2 min read



Oleh: Abdullah Zaid


Cadangan untuk menambah kuota minyak masak paket bersubsidi bagi memastikan bekalan mencukupi perlu diperhalusi oleh kementerian yang berkaitan.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh, berkata cadangan itu mesti dirujuk kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bagi memastikan penambahan tersebut ia tidak memberi impak negatif kepada kewangan kerajaan.


"Cadangan penambahan kuota akan menyebabkan peningkatan kos ke atas program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCoss) serta kos pelaksanaan itu juga boleh meningkatkan harga Minyak Sawit Mentah (SPO).


"Oleh itu, cadangan penambahan kuota perlu diperhalusi bukan sahaja KPDN tetapi secara bersama dengan kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk memastikan sebarang penambahan kuota tidak memberi impak negatif," katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai cadangan supaya kuota minyak masak paket bersubsidi yang ketika ini terhad kepada 60,000 tan, ditingkatkan bagi mengatasi kekurangan bekalan dalam kalangan pengguna domestik dan peniaga kecil.


Sementara itu, bagi mengatasi isu kekurangan minyak masak paket bersubsidi, Fuziah berkata, KPDN menggerakkan pelbagai rangka tindakan bertujuan mengelak ketirisan di semua peringkat rantaian bekalan.


"KPDN meneruskan dasar melarang semua eksport minyak masak dalam polibeg di bawah Peraturan Kawalan Bekalan Eskport mulai 1 Ogos 2022 untuk memastikan tiada ketirisan minyak masak bersubsidi ke negara jiran


"Kedua meningkatkan pemantauan bekalan minyak masak paket bersubsidi melalui penggunaan sistem ECOSS (Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak) yang merakamkan transaksi jualan minyak masak termasuk kilang penapisan, syarikat pembungkusan, pemborong dan peruncit ke dalam satu pengkalan data pusat.


"Ia membolehkan KPDN memantau pengedaran minyak masak paket bersubsidi di pasaran secara real time (secara tepat) dan lebih berkesan," jelasnya.


Dalam pada itu, Fuziah berkata, kerja-kerja menaik taraf sistem ECOSS dijangka selesai pada pertengahan 2024 dan diyakini mampu mengawal bekalan minyak masak daripada berlaku ketirisan.


"KPDN mengkaji taburan pembungkus mengikut populasi di setiap zon repacker dan penetapan zon akan memudahkan pemantauan oleh penguatkuasa daripada berlakunya berlaku ketirisan.


"(Mana-mana) syarikat yang didapati di luar kawasan zon ditetap. Tuntutan bayaran subsidi tidak akan diterima oleh ECOSS," jelas Fuziah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page