top of page

Cadangan naik harga siling beras tempatan ditolak



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menolak cadangan supaya harga siling beras putih tempatan kepada RM34 untuk setiap 10kg bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan.


Melalui satu kenyataan, KPKM berkata, kerajaan telah melaksana usaha mengatasi kekurangan bekalan dengan memberi kebenaran pembelian beras putih import pada harga borong kepada pengusaha makanan.


"Ini bagi memastikan bekalan beras putih tempatan dapat distabilkan dengan mengurangkan pembelian besar daripada pengusaha restoran untuk perniagaan mereka berbanding untuk kegunaan isi rumah," kata KPKM yang turut menjelaskan langkah itu membantu peniaga mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.


Kementerian dalam kenyataan turut berkata harga runcit beras putih tempatan masih dikawal pada kadar RM2.60 sekilogram, sebagaimana Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) (Pindaan No.4) 2008, Akta Kawalan Padi dan Beras.


Terdahulu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Ameer Ali Mydin melontar cadangan menaikkan harga siling beras putih tempatan, kerana menurut beliau pengilang kurang berminat mahu mengeluarkan beras tempatan kerana harga siling yang rendah.


Terdahulu, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) memberi jaminan kepada pengguna bahawa bekalan beras mencukupi.


Bernas, yang memonopoli import beras berkata syarikat itu mengedarkan 630,000 tan metrik beras putih dari Januari hingga Ogos, peningkatan 38% daripada purata jualan bulanan sejak lima tahun lalu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page